Skip to main content

Garam Bukit Himalaya Baik Untuk Wanita

          Nak tahu kenapa saya katakan garam bukit himalaya ini baik untuk wanita? Ini adalah kerana ianya baik untuk wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid. Ada di kalangan wanita di luar sana yang mungkin tengah mengalami masalah ini. Masalah haid tidak teratur, haid yang sudah 3 atau 4 bulan tidak datang, khususnya kepada wanita yang belum berkahwin, cuba lah gunakan garam bukit himalaya ini dahulu sebelum anda cuba menggunakan ubat-ubatan moden yang kita sendiri tidak tahu kandungannya dan kesannya selepas di amalkan selalu.
           
           Saya sendiri mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur ini, bila berjumpa doktor, doktor memberitahu ianya perkara biasa dan berkaitan dengan perubahan hormon. Tapi kita sebagai wanita sudah semestinya berasa tidak selesa sekiranya haid itu tidak datang pada mengikut kitarannya. Sesetengah wanita menganggap ianya hanya perkara biasa. Daripada perkara biasa itulah kita berkemungkinan mempunyai risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan rahim.

          Sebelum ini saya hanya makan ubat yang diberikan oleh doktor dan membelinya di klinik tetapi setelah berhenti memakannya, kitaran haid saya juga berhenti. Adik saya juga telah mengalami masalah yang sama, dia telah membeli garam bukit himalaya daripada kenalannya, setelah 3 hari menggunakannya dengan cara mengambil 4 sudu besar garam dan di masukkan ke dalam baldi dengan setengah air di dalam baldi itu, air dan garam tersebut di kacau sehingga sebati. Anda cuma perlu mandi seperti biasa dan mandian terakhir barulah menjirus diri anda dari atas kepala dengan menggunakan air garam bukit himalaya ini secara perlahan sehingga air tersebut habis. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa.

           Saya sendiri telah mencubanya. Alhamdulillah ianya berhasil. Tak salah kita mencubakan. Garam himalaya tu tak kisahlan brand apa sekali pon yang penting ianya adalah garam himalaya. =)

Comments

Popular posts from this blog

Happy Deepavali to all Malaysian peOple...

say yes to samsung !

                                                           Samsung Galaxy Ace GT5830 ~ i'm using this fone :P

AidilfitRi

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all blOgger.. :-*